Interaksi
ialah proses saling tindakan antara individu dengan pihak yang lain atau alam
sekitarnya. Menurut Merriam Webster Online Distionary, interaksi bermaksud
pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi
dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran
dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.
Jenis-Jenis Interaksi Dan
Kepentingannya
Terdapat
beberapa jenis interaksi dalam bilik darjah iaitu:
Interaksi sehala/interaksi
tradisional
- · Berkait
rapat dengan pendekatan/teknik/kaedah/strategi yang digunakan oleh guru di
dalam pengajarannya.
- · Contoh:
Jika guru mengamalkan pendekatan berpusatkan guru, kaedah kelas, kaedah
syarahan, kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi, interaksi dalam bilik
darjah akan menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti
pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.
- · Ciri-ciri
interaksi sehala:
I.
Corak interaksi bilik darjah ditentukan
oleh guru kelas.
II.
Tiada interaksi yang berlaku antara
murid dengan murid.
III.
Murid-murid tidak terlibat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran secara aktif.
Interaksi dua hala di antara guru
dengan murid
- · Guru
menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah
induktif, interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi dua
hala.
- · Ciri-ciri
interaksi dua hala:
I. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
bercorak aktif.
II. Perhubungan guru dengan murid menjadi
rapat akibat komunikasi terbuka di dalam bilik darjah.
III. Menggalakkan murid-murid untuk
melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyoal dan
meminta pendapat mereka.
Interaksi dua hala di antara
murid-murid
- · Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kaedah projek,
kaedah bermain, lakonan, sumbangsaran dan sosio grama sebagai aktiviti-aktiviti
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara murid-murid dapat
memikirkan dengan lebih banyak lagi
- · Ciri-ciri
interaksi dua hala di antara murid dengan murid
I. Aktiviti pembelajaran menjadi aktif dan
dinamik.
II. Perhubungan antara murid dengan murid
dieratkan.
III. Interaksi guru dengan murid dihadkan
kepada mengikut arahan guru sahaja.
IV. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif
menjadi tumpuan guru.
V. Interaksi antara murid-murid mewujudkan
perasaan hormat-menghormati dan saling membantu dalam kalangan mereka.
Interaksi
pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
- · Guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran
seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, uji
kaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan
interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid
lain di dalam bilik darjah.
- · Ciri-ciri
penting:
I. Komunikasi berkesan yang berlaku di
antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
II. Penyertaan aktif murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
III. Suasana yang kondusif untuk
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.