Monday 28 March 2016

Cara mewujudkan komunikasi dan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah

Cara-cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan komunikasi dan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah iaitu:
  • Mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan interaksi dua hala.
  • Menggunakan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif.
  • Memastikan yang penglibatan murid sangat tinggi dalam setiap aktiviti pengajaran danpembelajaran.
  • Menggunakan banyak alat bantuan mengajar yang menarik dan canggih.
  • Memberikan ganjaran atau peneguhan positif jika murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Menunjukkan gaya kepimpinan yang bercorak demokratik dalam pengurusan dalam bilik darjahnya di mana terdapat suasana sosio-emosi yang sihat serta perhubungan yang rapat antara guru dan murid-murid. 
  • Pendengar yang baik dan mengelakkan daripada menonjolkan pandangan kendiri.
  • Bersifat peramah dan mengaplikasikan konsep peneguhan positif di dalam bilik darjah.
  • Memikirkan strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan lagi interaksi murid-murid di dalam bilik darjah.






Gangguan dan halangan dalam komunikasi


Faktor psikologi guru atau pelajar
Emosi guru atau pelajar yang kurang stabil akan menjejaskan tumpuan terhadap pengajaran. Contohnya, emosi pelajar yang kurang stabil akibat masalah keluarga akan menjejasnya daripada menerima penerangan dengan baik. Sebaliknya, guru yang kurang stabil emosinya tidak dapat menyampaikan pelajaran dengan berkesan. Tumpuan yang kurang teliti akan menghalang komunikasi antara guru dan pelajar.

Keadaan bising dalam kelas
Bilik darjah yang bising akan mengganggu ketenteraman dan komunikasi yang berkesan. Pelajar mungkin tidak dapat mendengar pelajaran yang disampaikan oleh guru. Sebaliknya, guru tidak dapat mendengar reaksi atau respons daripada pelajar.

Kurang perhatian atau tumpuan
Pelajar yang kurang menumpukan perhatian terhadap penerangan guru akan menyebabkan komunikasi berkesan terjejas.

Pemikiran tertutup

Guru yang berfikiran sempit biasanya tidak menerima pandangan pelajar. Ini akan menjejaskan komunikasi terbuka. Pelajar tidak akan menyumbangkan idea-idea. Begitu juga pelajar yang tidak mengemari satu-satu topik enggan mendengar penjelasan guru.

Kepentingan Interaksi Dalam Bilik Darjah

  • Membolehkan guru memotivasi murid-murid supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Aktiviti soal jawab dapat menggerakkan murid-murid berfikir memerlukan proses interaksi di antara guru dengan murid-muridnya.
  • Interaksi mengeratkan perhubungan guru dengan murid-muridnya dalam bilik darjah. Perhubungan guru dan murid-muridnya yang mesra adalah syarat penting bagi guru menyampai pelajaran dengan berkesan.
  • Interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana interaksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-muridnya.
  • Melalui interaksi, guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnya mengikut objektif pelajar yang ditentukan.
  • Melalui interaksi dengan bahan pelajaran, guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan.
  • Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan murid memerlukan interaksi dua hala.
  • Aktiviti kumpulan khasnya aktiviti perbincangan hanya dapat dijalankan melalui interaksi di antara murid dalam kumpulan.
  • Interaksi berkomputer membolehkan murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran terkini yang sukar didapati daripada buku-buku atau media bercetak yang sedia ada.

Maksud Interaksi

Interaksi ialah proses saling tindakan antara individu dengan pihak yang lain atau alam sekitarnya. Menurut Merriam Webster Online Distionary, interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain. 

Jenis-Jenis Interaksi Dan Kepentingannya
Terdapat beberapa jenis interaksi dalam bilik darjah iaitu:



Interaksi sehala/interaksi tradisional
  • ·  Berkait rapat dengan pendekatan/teknik/kaedah/strategi yang digunakan oleh guru di dalam pengajarannya.
  • ·      Contoh: Jika guru mengamalkan pendekatan berpusatkan guru, kaedah kelas, kaedah syarahan, kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi, interaksi dalam bilik darjah akan menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.
  • ·       Ciri-ciri interaksi sehala:

I.                 Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas.
II.               Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid.
III.             Murid-murid tidak terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif.


Interaksi dua hala di antara guru dengan murid
  • ·     Guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif, interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi dua hala.
  • ·       Ciri-ciri interaksi dua hala:

I.                    Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif.
II.           Perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi terbuka di dalam   bilik darjah.
III.    Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyoal dan meminta pendapat mereka.


Interaksi dua hala di antara murid-murid
  • ·     Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kaedah projek, kaedah bermain, lakonan, sumbangsaran dan sosio grama sebagai aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara murid-murid dapat memikirkan dengan lebih banyak lagi
  • ·        Ciri-ciri interaksi dua hala di antara murid dengan murid

I.                  Aktiviti pembelajaran menjadi aktif dan dinamik.
II.               Perhubungan antara murid dengan murid dieratkan.
III.            Interaksi guru dengan murid dihadkan kepada mengikut arahan guru sahaja.
IV.             Pembelajaran koperatif dan kolaboratif menjadi tumpuan guru.
V.       Interaksi antara murid-murid mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan saling membantu dalam kalangan mereka.


Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
  • ·        Guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, uji kaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di dalam bilik darjah.
  • ·        Ciri-ciri penting:

I.           Komunikasi berkesan yang berlaku di antara guru dengan murid dan murid dengan  murid.
II.                  Penyertaan aktif murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
III.               Suasana yang kondusif untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.








           

Konsep Komunikasi


Komunikasi ialah pemindahan pemikiran dari minda seseorang kepada orang lain (Highet,1964). Komunikasi juga ialah interaksi sosial yang dilaksanakan melalui mesej-mesej. Mesej-mesej adalah dalam bentuk peristiwa berkod, simbol, peristiwa perwakilan atau tanda-tanda yang dihasilkan untuk tujuan memperoleh respons atau tindak balas (Gerbner, 1968). Komunikasi ialah proses menyebar maklumat, simbol, mesej-mesej. Suatu proses untuk membentuk pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Adanya peristiwa-peristiwa pengalaman dan asosiasi yang akan menyebabkan reaksi dan respons daripada seseorang (Feneey, Christensen dan Moravcik,1983). Komunikasi melibatkan proses penghantaran maklumat di antara dua pihak iaitu pengirim dan penerima. Mesej merujuk kepada maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai.
Komunikasi merupakan proses yang melibatkan penghantaran maklumat (mesej) di antara penghantar dan penerima. Dalam konteks bilik darjah, penghantar maklumat terdiri daripada guru dan penerima merupakan pelajar. Mesej yang dihantar terdiri daripada maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai. Pelajar sebagai penerima akan menerima mesej yang dihantar dan respons mereka terhadap kefahaman mesej akan berupa soalan-soalan yang dikemukakan kepada guru. Komunikasi mencetus pengalaman baru kerana isi pengajaran guru merupakan mesej yang terkini dan baru.
Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Komunikasi lisan melibatkan proses pemindahan idea dan ditutur menggunakan bahasa yang difahami. Manakala komunikasi bukan lisan ialah penyampaian idea yang melibatkan pergerakan anggota badan seperti menganggukkan kepala tanda setuju. Oleh itu, seseorang guru perlu menguasai kemahiran berkomunikasi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan serta mencapai objektifnya.