Menuntut ilmu itu bagai nelayan ke laut, makin ke tengah makin banyak hasilnya
Sunday, 3 April 2016
Monday, 28 March 2016
Cara mewujudkan komunikasi dan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah
Cara-cara
yang boleh digunakan untuk mewujudkan komunikasi dan interaksi yang berkesan dalam bilik
darjah iaitu:
- Mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan interaksi dua hala.
- Menggunakan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif.
- Memastikan yang penglibatan murid sangat tinggi dalam setiap aktiviti pengajaran danpembelajaran.
- Menggunakan banyak alat bantuan mengajar yang menarik dan canggih.
- Memberikan ganjaran atau peneguhan positif jika murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Menunjukkan gaya kepimpinan yang bercorak demokratik dalam pengurusan dalam bilik darjahnya di mana terdapat suasana sosio-emosi yang sihat serta perhubungan yang rapat antara guru dan murid-murid.
- Pendengar yang baik dan mengelakkan daripada menonjolkan pandangan kendiri.
- Bersifat peramah dan mengaplikasikan konsep peneguhan positif di dalam bilik darjah.
- Memikirkan strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan lagi interaksi murid-murid di dalam bilik darjah.
Gangguan dan halangan dalam komunikasi
Faktor
psikologi guru atau pelajar
Emosi guru atau pelajar
yang kurang stabil akan menjejaskan tumpuan terhadap pengajaran. Contohnya,
emosi pelajar yang kurang stabil akibat masalah keluarga akan menjejasnya
daripada menerima penerangan dengan baik. Sebaliknya, guru yang kurang stabil
emosinya tidak dapat menyampaikan pelajaran dengan berkesan. Tumpuan yang
kurang teliti akan menghalang komunikasi antara guru dan pelajar.
Keadaan
bising dalam kelas
Bilik darjah yang
bising akan mengganggu ketenteraman dan komunikasi yang berkesan. Pelajar mungkin
tidak dapat mendengar pelajaran yang disampaikan oleh guru. Sebaliknya, guru
tidak dapat mendengar reaksi atau respons daripada pelajar.
Kurang
perhatian atau tumpuan
Pelajar yang kurang
menumpukan perhatian terhadap penerangan guru akan menyebabkan komunikasi
berkesan terjejas.
Pemikiran
tertutup
Guru yang berfikiran
sempit biasanya tidak menerima pandangan pelajar. Ini akan menjejaskan
komunikasi terbuka. Pelajar tidak akan menyumbangkan idea-idea. Begitu juga
pelajar yang tidak mengemari satu-satu topik enggan mendengar penjelasan guru.
Kepentingan Interaksi Dalam Bilik Darjah
- Membolehkan guru memotivasi murid-murid supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
- Aktiviti soal jawab dapat menggerakkan murid-murid berfikir memerlukan proses interaksi di antara guru dengan murid-muridnya.
- Interaksi mengeratkan perhubungan guru dengan murid-muridnya dalam bilik darjah. Perhubungan guru dan murid-muridnya yang mesra adalah syarat penting bagi guru menyampai pelajaran dengan berkesan.
- Interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana interaksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-muridnya.
- Melalui interaksi, guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnya mengikut objektif pelajar yang ditentukan.
- Melalui interaksi dengan bahan pelajaran, guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan.
- Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan murid memerlukan interaksi dua hala.
- Aktiviti kumpulan khasnya aktiviti perbincangan hanya dapat dijalankan melalui interaksi di antara murid dalam kumpulan.
- Interaksi berkomputer membolehkan murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran terkini yang sukar didapati daripada buku-buku atau media bercetak yang sedia ada.
Maksud Interaksi
Interaksi
ialah proses saling tindakan antara individu dengan pihak yang lain atau alam
sekitarnya. Menurut Merriam Webster Online Distionary, interaksi bermaksud
pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi
dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran
dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.
Jenis-Jenis Interaksi Dan
Kepentingannya
Terdapat
beberapa jenis interaksi dalam bilik darjah iaitu:
Interaksi sehala/interaksi
tradisional
- · Berkait rapat dengan pendekatan/teknik/kaedah/strategi yang digunakan oleh guru di dalam pengajarannya.
- · Contoh: Jika guru mengamalkan pendekatan berpusatkan guru, kaedah kelas, kaedah syarahan, kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi, interaksi dalam bilik darjah akan menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.
- · Ciri-ciri interaksi sehala:
I.
Corak interaksi bilik darjah ditentukan
oleh guru kelas.
II.
Tiada interaksi yang berlaku antara
murid dengan murid.
III.
Murid-murid tidak terlibat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran secara aktif.
Interaksi dua hala di antara guru
dengan murid
- · Guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif, interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi dua hala.
- · Ciri-ciri interaksi dua hala:
I. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
bercorak aktif.
II. Perhubungan guru dengan murid menjadi
rapat akibat komunikasi terbuka di dalam bilik darjah.
III. Menggalakkan murid-murid untuk
melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyoal dan
meminta pendapat mereka.
Interaksi dua hala di antara
murid-murid
- · Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kaedah projek, kaedah bermain, lakonan, sumbangsaran dan sosio grama sebagai aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara murid-murid dapat memikirkan dengan lebih banyak lagi
- · Ciri-ciri interaksi dua hala di antara murid dengan murid
I. Aktiviti pembelajaran menjadi aktif dan
dinamik.
II. Perhubungan antara murid dengan murid
dieratkan.
III. Interaksi guru dengan murid dihadkan
kepada mengikut arahan guru sahaja.
IV. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif
menjadi tumpuan guru.
V. Interaksi antara murid-murid mewujudkan
perasaan hormat-menghormati dan saling membantu dalam kalangan mereka.
Interaksi
pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
- · Guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, uji kaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di dalam bilik darjah.
- · Ciri-ciri penting:
I. Komunikasi berkesan yang berlaku di
antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
II. Penyertaan aktif murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
III. Suasana yang kondusif untuk
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.
Konsep Komunikasi
Komunikasi
ialah pemindahan pemikiran dari minda seseorang kepada orang lain (Highet,1964).
Komunikasi juga ialah interaksi sosial yang dilaksanakan melalui mesej-mesej. Mesej-mesej
adalah dalam bentuk peristiwa berkod, simbol, peristiwa perwakilan atau
tanda-tanda yang dihasilkan untuk tujuan memperoleh respons atau tindak balas (Gerbner,
1968). Komunikasi ialah proses menyebar maklumat, simbol, mesej-mesej. Suatu proses
untuk membentuk pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Adanya peristiwa-peristiwa
pengalaman dan asosiasi yang akan menyebabkan reaksi dan respons daripada
seseorang (Feneey, Christensen dan Moravcik,1983). Komunikasi melibatkan proses
penghantaran maklumat di antara dua pihak iaitu pengirim dan penerima. Mesej merujuk
kepada maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai.
Komunikasi
merupakan proses yang melibatkan penghantaran maklumat (mesej) di antara
penghantar dan penerima. Dalam konteks bilik darjah, penghantar maklumat
terdiri daripada guru dan penerima merupakan pelajar. Mesej yang dihantar
terdiri daripada maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai. Pelajar sebagai
penerima akan menerima mesej yang dihantar dan respons mereka terhadap
kefahaman mesej akan berupa soalan-soalan yang dikemukakan kepada guru. Komunikasi
mencetus pengalaman baru kerana isi pengajaran guru merupakan mesej yang
terkini dan baru.
Terdapat
dua jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.
Komunikasi lisan melibatkan proses pemindahan idea dan ditutur menggunakan
bahasa yang difahami. Manakala komunikasi bukan lisan ialah penyampaian idea
yang melibatkan pergerakan anggota badan seperti menganggukkan kepala tanda
setuju. Oleh itu, seseorang guru perlu menguasai kemahiran berkomunikasi agar
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan serta
mencapai objektifnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)